Saturday 8 October 2011

SAMAK DAN SERTU

PERNGERTIAN SAMAK DAN SERTU


Dari Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W bersabda, 
"Bersihkanlah beas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad bersabda lagi,
"Setiap kulit yang disamak menjadi bersih"(Riwayat Daru Quthni)

'Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut mengikut syarak.'



SERTU
1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman  
    penyakit yang terdapat pada najis tersebut. Mengikut kajian, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada
    najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

SAMAK
1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat  
    peluntur.
2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang
    mengandungi kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

KAEDAH PENYUCIAN:

A. SERTU (Babi, Anjing dan Keturunanya)

  1. Bersihkan kawasan yang terkena najis.
  2. Basuh dengan satu kali air sabun CT Herbs Spices Nasuha Sertu and Samak Soap.
  3. Bilas dengan enam kali air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasa.

B. SAMAK kulit haiwan (selain babi, anjing dan keturunannya)

  1. Bersihkan kulit haiwan dengan menggunakan sabun CT Herbs Spices Nasuha Sertu and Samak Soap sehingga kekotoran pada kulit tersebut hilang.
  2. Bilas dengan air mutlak sehingga bersih.
  3. Jemur sehingga kering
Untuk keterangan lanjut dan lebih kepastian layari 

3 comments:

  1. Salam..mcm mane sy nak mendptkn sabun ni dgn kadar yg segera..wife sy telat terbeli dan memakai kasut yg dipercayai dr kulit 'Baa Aliff Baa Ya' tu..hampeh terkono den..;p

    ReplyDelete